Rawatan Kesuburan: Kali Ke-Enam di Hospital Kajang

Kronologi Treatment


Actually kronologi kat atas ni ada aku SKIP 2 treatment, sebab apa aku SKIP? sebab procedure biasa yang pernah aku lalui so tak berapa important sangat la nak catit dalam blog ni *padahal malas nak menaip, tapi aku ada catit kat bloglist aku. Treatment tu adalah buat Sperm analisis pada 6.01.2014 dan blood test pada 24.02.2014 

Semalam appointment kali ke 5 dengan doktor, macam biasa aku ambil cuti 1/2 day untuk pergi treatment ni. Prosedur biasa bayar RM5.00 kat kaunter & tunggu no giliran dipanggil, Alhamdulillah tak lama menunggu.

Masa tunggu giliran tengok ada seorang je doktor, aku dah rasa frust sangat sebab doktor Rizuan takde, tapi tak lama lepas tu doktor Rizuan pun muncul. Ya Allah berbunga riang hati aku, tapi dah namanya hospital government kan? ikut giliran la, bila turn aku dapat doktor lain. Doktor tu pun tanya soalan yang memang dah ada semua jawapan dalam buku rekod aku :(, lepas dia semak-semak tengok ada nama doktor Rizuan then dia cakap "oh patient Dr. Rizuan, takpelah you jumpa la dia" pftttt....

Tak lama tunggu tu Dr Rizuan pun call, dia tanya khabar semua then tanya apa treatment yang aku lalui, so aku cerita la kena makan ubat then amik darah, amik sekali lagi semen/sperma. Dia cakap suppose aku tak payah makan ubat yang doktor tu bagi tapi takpe, dia suruh aku STOP makan ubat tu. Then dia tanya nurse mana result hubby aku? tapi lab still tak hantar lagi grrrrr....

So takde apa yang nak direview so kami chit chat kosong, planning untuk next step punya treatment. 1st thing apa yang penting kena ada ialah result sperm analisis suami aku, if dah ok capai tahap yang doktor nak then dia akan bagi clomid untuk 1st cycle, if tak berjaya concieve dia akan tinggi kan dos kalau tak berjaya juga next step buat IUI tapi...... dia cakap IUI kat Hospital Kajang tak pernah ada yang berjaya. So dia suggest untuk aku terus buat IVF.

Dia cakap IVF nya treatment just ade 2 je kat Hospital Goverment 1 dekat HKL lagi satu kat Hospital Alor Setar, dan dia cadangkan untuk buat kat Alor Setar sebab peratus kejayaan sangat tinggi di sana.

So doktor suruh kumpul duit untuk aku jalani IVF ni anggaran kos bagi hospital kerajaan adalah RM3k - 5k, dia cakap swasta nya kos lagi mahal UPM RM12k dan swasta lain RM15K - 20k.

So bermula hari ni aku kena berazam menyimpan duit untuk buat IVF, sementara duit cukup aku akan jalani treatment macam biasa iaitu makan clomid.

Korang tolong yee doakan kami suami isteri murah rezeki supaya kami dapat jalani procedure ni dan berjaya dapatkan zuriat kami sendiri.

*serius rasa bergenang air mata bila doktor cakap aku kena buat IVF dan dia sangat bersungguh-sungguh nak tolong aku.

INFO

Total rawatan kali ni: RM5.00

Ulasan

  1. amin..moga Allah murahkan rezeki zu utk conceive kali ni :)

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum kak zue, semoga dipermudahkan urusan kamu dan suami.. sheila doakan semuanya berjalan dengan lancar ~~~

    BalasPadam
  3. salam...

    don't worry dear....Insyaallah ada jalan untuk kita...usaha selagi terdaya

    BalasPadam
  4. InshaAllah Zue, semoga Allah permudahkan usaha Zue dan suami. Thanks beri info pasal hospital kerajaan yang ada buat rawatan fertiliti (IVF) beserta kos IVF......demi zuriat, kita TTC ni inshaAllah sanggup usaha yang terbaik, selebihnya di tanganNya......

    P/s: Appointmnt next week ni, rasa macam nak tanya dengan doktor, macam mana nak dapatkan appnmnt/ source out kes Yani dr GH Melaka ke HKL/Hospital Alor Setar.....hurmm...

    BalasPadam
    Balasan
    1. yani try tanya... nanti yani update eh? nak tau gak.

      Padam
  5. Good luck. Smoga urusan dipermudahkan olehNYA.

    BalasPadam
  6. Semoga Allah permudahkan dan semoga ade rezeki tak terduga buat zue n suami...ameen..
    ~sinar cahaya~

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq sinar.. rindu nya nak baca blog sinar. sihat ke?

      Padam
  7. Good luck zue... InshaAllah, Dia yg beri ujian ni, maka pada Nya lah jalan keluar...banyakkan doa k :-) smg Allah permudahkan...Amin...

    BalasPadam
    Balasan
    1. semoga ada jalan yang terbaik untuk semua ni

      Padam
  8. errr... slmt berdansa.. ehh silap wish ke???
    good luck babe...
    aku lepas x turun berat lansung... aku stop terus treatment... hmmmm malu sendiri dgmn kwn2 ttc...

    BalasPadam
    Balasan
    1. huhuh berdansa mende nya.. ala beb! aku pun x pernah turun berat badan.. Dr asyik la bising, last last dia pun fed up agaknya tu yang srh buat IVF. ahahahah! tak pe cik pidah ko muda lagi.. aku tua dah, kene bertindak!

      Padam
  9. Zue, sue pun sepatutnya buat IVF.. Niat ada tapi KESUNGGUHAN takde.. konon nak simpan duit, tapi duit tala ke tempat lain, then mungkin sue n hubby tak cukup confident lagi..i mean, tahla, mcm2 duk pikir..pikir peratus kejayaan smua.. smua duk dlm pikiran ni.. but now, ape yg kitaorg buat? nothing..skang sue n hubby dlm tempoh berehat sekejap.. so zue jgn jadi mcm kitaorg kay.. tekadkan hati yea..insyaallah semua nya akan berjalan lancar..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sue, sebenarnya banyak juga yang kami kena fikir sebelum nak mula kan IVF. Suami dah setuju tp hati ni tetap risau, tolong ye doa kan kami kuat semangat dan murah rezeki untuk tempuh semua ni

      Padam
  10. moga dipermudahkan segala urusan..sal tak boleh teruskan rawatan lagi sebab nan hado cik p nye dah masuk 5 bulan..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. g hospital sal.. minta ubat turun darah or what.. in sha allah mohon Allah permudahkan sal juga

      Padam
  11. hi.. sy pun buat kat hospital kajang, tp x buat iui lg.. br makan clomid high dos.. tp perut sy dh senak 3 hari dah.. sy jugak kenal dr ridzuan tuh.. tp sy under dr azdlina..

    BalasPadam
    Balasan
    1. iye ke?? kita pernah terjumpa x?? hana nak buat iui kat situ ke?? dr ridzuan ckp kat sana tak pernah ada yang berjaya.. Hana meh la share cerita ngan saya

      Padam
  12. salam..baru pun baru nak start treatment di husm k.kerian
    baru 1st step ambik darah untuk check hormon dsb
    moga dipermudahkan urusan kita :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. amin.. in sha allah ye darling.. kita doa sama-sama supaya perjalanan TTC kita diberkati ALLAH

      Padam
  13. Hmmm...Zue, sy pn wat treatment kt Hosp. Kajang mulanya ngan Dr. Ridzuan gak. Tp last 3 kali treatment doc takde so...dpt appointment ngn doc lain. Kalau ikut plan dr. Ridzuan...pas sy wat HSG (alhamdulillah...result ok) nk wat IUI. Tapi dia takde plak mention yg IUI kat Hosp. Kajang tak pernah berjaya.....sedey la gini.... :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. iye ke Liza? saya pun dah mula bosan ngan treatment kat hosp. Kajang ni.. memang ade terpikir nak je tukar hospital tapi bila doktor bagi pengharapan maka terbantut la niat tu.. kadang stress juga tengok kawan lain semua dh banyak step.. kita masih di takuk tu! nasib baik ada kawan & hubby yang sentiasa bagi semangat! Liza pun harap tak putus asa.. Liza try dulu di hospital Kajang if x berjaya cuba minta transfer.

      Padam
    2. As salam. Hi...Zue. Hmm...semalam 25/8/14 sy baru g treatment kt Hosp. Kajang. Last treatment dah mkn clomid 100mg for 3 cycle tp x berjaya. So...doc cadangkan sy wat IUI. Sy ckp ngn doc sal komen Dr. Ridzuan yg IUI kt Hosp. Kajang x berjaya. But...he suggest to give a try....so, insyaAllah sy cuba juga IUI kt sini.
      Wish me luck k.....doa utk kamu juga....(^_^)

      Padam
    3. Hi Liza, dah step ke clomid eh? Liza ngan doc sapa eh? Dr Ridzuan tak pernah bagi saya ubat apa apa... dia terus suggest untuk IVF je, maybe sebab saya nya prob teruk kot, thats y dia suggest macam tu. Tak pe Liza try je apa yang doc suggest mana tau serasi ngan Liza.

      Padam
    4. Sy dh pernah mkn clomid 50mg dan 100mg. Doc ckp sy unexplain case...coz syukur Alhamdulillah sy & hubby ok.
      Maybe sbb tu kot doc proceed IUI. Itu pn dh bertahun tunggu.

      Padam
    5. o0o0o makna nya belum sampai rezeki Liza lagi.. Alhamdulillah Liza & hubby takde prob. takpe Liza go on je. Insha allah ade rezeki. Chaiyok bebeh!

      Padam
  14. semoga dipermudahkan segalannya..salam perkenalan..sy merasa apa yg awk rasa..tqvm for info rawatan kesuburan..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan Pesakit Sebelum Menjalani MRI Scan

Perkataan-perkataan yang selalu digunakan dikalangan TTCian

Apa itu Hormon Prolaktin?