Rawatan Kesuburan: Kali Ke-Tujuh di Hospital Kajang

Kronologi Treatment



Setelah bersuka-ria di PD pada hujung minggu lepas, aku ambil keputusan untuk cuti hari isnin. Kebetulan Isnin tu aku follow up check up di Hospital Kajang.

Macam biasa Pukul 2pm aku punya appointment, tunggu lebih kurang 1/2 jam baru no giliran aku sampai. Semalam Dr Ridzuan takde, dia cuti.. so ganti doktor siapa aku tak pasti namanya. Sebab dia tak tau history aku terpaksa la aku terangkan semula apa treatment yang aku buat dari A-Z pftttttt! Lepas tu dia call Dr Ridzuan tanya pendapat apa yang aku perlu lakukan seterusnya.

Mengikut keputusan semen analysis hubby yang sebelum ni, dia cakap kurang bagus kemudian dia cadangkan untuk hubby aku buat hormon analysis pula, so dia bagi 3 borang untuk hubby aku buat blood test kemudian aku terpaksa buat ulangan blood test untuk hormon prolaktin! againnnnnnn! balik-balik tu je la yang mereka buat! kadang fed up juga... takde satu step pun yang kehadapan! semuanya step yang berulang-ulang! blood test, blood test, blood test! sperm test, sperm test, sperm test! blughhhhhhhhhhhhh! bosan.

Tapi serius! nasib baik aku ada husband & kawan-kawan TTC yang sentiasa bagi aku semangat & dorongan untuk terus kan treatment! kalau tak serius aku dah back out! bosan! OK berbalik pada perbincangan dengan doktor.. husband & aku kena buat blood test untuk tahu tahap hormon kami, dimanakah punca sebenarnya masalah kami. Lepas doktor dah bagi borang untuk blood test, doktor tu cakap lagi 2 bulan datang semula jumpa doktor, untuk tahu result hormon tu.

So takde banyak perkembangan sangat untuk treatment kali ni! JAUH lagi perjalanan kami suami isteri untuk menjadi ibu bapa. Sebenarnya semalam aku betul-betul down, sebab aku sangat mengharapkan ade sedikit peningkatan atau step seterusnya untuk treatment kali ni tapi ternyata TIDAK! kami terpaksa melakukan semula blood test! hmmmmm...

** BERIBU tahniah untuk BFF aku yang telah berjaya mendapat double line!
"Alhamdulillah dear! ALLAH dah makbul kan impian korang! aku doakan ko sihat sehingga ko melahirkan.. AMINNN! enjoy your moment as preggy mommy! I Love you! doakan aku pula ye!"


INFO

Total rawatan kali ni: RM5.00

Ulasan

  1. Assalamualaikum kak zue, semoga dipermudahkan urusan kalian suami isteri. jangan putus asa kak zue, in shaa Allah. Ada rezeki untuk kalian. Kak Zue, pernah pergi berurut masa period tak? Urut kat perut, bukan peranakan.. sebelum sheila mengandung, sheila try urut 2 kali dalam masa setahun.... pastu bidan urut tu ada bagi tips sikit. Sheila bagi link dekat sini, nanti kak Zue baca ye. Mana tahu, rezeki kalian datang kemudian. Tak salah mencuba kan. Take care kak Zue! singgah menabung darlie sini ~~~
    http://sheilashahfiekry.blogspot.com/2014/01/ikhtiar-tawakal-untuk-mengandung.html

    BalasPadam
  2. Jangan putus harapan zue. Kuatkan semangat dan teruskan usaha.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan Pesakit Sebelum Menjalani MRI Scan

Perkataan-perkataan yang selalu digunakan dikalangan TTCian

Apa itu Hormon Prolaktin?