Rawatan Kesuburan: Kali Ke-Lapan di Hospital Kajang

Kronologi Treatment



Sebelum aku balik JB pada minggu lepas aku & hubby sempat pergi ambil darah. Tujuan untuk ambil darah sebab doktor nak tgk punca kenapa hubby nya sperm tak kualiti & kauntiti sedikit. Dia kena buat 3 lagi test, so kena ambil darah banyak sikit.

Aku plak kena ambil darah juga untuk tengok hormon prolaktin aku still tinggi lagi atau tak, kalau hormon prolaktin aku tinggi doktor akan bagi lagi ubat untuk turun kan paras hormon.

Sebelum buat ujian darah tu, aku gi tukar appointment dulu.. sebab aku tau result untuk ujian darah ni mesti lambat keluar so tukar sesiap date biar senang nanti. Lepas dah buat appointment terus ke bilik ambil darah.

Appointment aku akan di tukar kan lepas raya nanti... so bertabah la tunggu!

Ulasan

  1. Sabar ya kak.. dugaan Allah ada hikmahnya.. pasti..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq kyra.. & congrats on ur pregnancy! jaga diri tauuu!

      Padam
  2. semoga tabah hadapi..kuatkan semangat..Insyaallah..1 hari nati..pasti ada sinarnya..

    BalasPadam
  3. selamat hariraya. Hee maaf zahir batin.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persediaan Pesakit Sebelum Menjalani MRI Scan

Perkataan-perkataan yang selalu digunakan dikalangan TTCian

Apa itu Hormon Prolaktin?