Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2011

Bye-Bye Semua ♥♥

Hari ni hari terakhir aku kat Cyberjaya ni.. huarghhhh! memang sangat sedih.. banyak gak kenangan kat sini, banyak sangat benda yang aku belajar masa kat sini.

Nanti aku mesti rindu kawan-kawan aku, Nadia, Diana, Kak Fiza, Anwar, Qaf dan lain-lain. Banyak gak benda yang aku akan rindu, makanan kat sini, flea market, rindu nak karaoke ngan memember huarghhh! sedih-sedih.

Anyway kepada kawan-kawan aku, selamat meneruskan perjuangan di Cyberjaya ni, semoga maju jaya & success selalu. Korang CONFIRM tahun depan bonus masyhuk! jelous ok! ehehehehe!

Masak-memasak untuk open house

Imej
Ni cerita pada sabtu yang lepas ye.. masak memasak sempena open house rumah kakak ipar aku di Taman Melawati.
Tugas aku just goreng ayam jerk, tak susah mane, tapi mak aih! penat gile ok.. rase macam nak berehat seminggu. Orang yang datang memang la terlalu ramai, macam open house rumah VIP plak :P. Aku rase mau kakak ipar aku tu berhabis ribuan ringgit untuk buat open house. Macam-macam makanan ade, yang paling special lemang yang FIL & MIL buat la.. memang laris untuk hari tu ☺.
Lemang memang laku sekali.. sampai takde saki baki, tapi memang terbaik dari ladang la lemang tu (ehehehe puji lemang sendiri plak).

Hari-hari terakhir

Bile dah nak akhir-akhir kat company ni rase makin malas nak buat keje.. aku rase keje ni bukan makin skit rase makin banyak plak. Siapa nak amik keje aku skang ni? rase risau pun ade gak, iye la... sape nak jage schedule boss aku tuh? sape nak tolong dia wat invitation meeting untuk dia? sape nak wat filing dia? hmmmm.. kesian memang kesian, tapi nak buat mcm mane? hidup mesti di teruskan, bile lagi kita nak dapat peluang yang lebih baik kan? peluang yang baik biasenya datang sekali jerk.. orang yang betul-betul lucky jerk akan datang berkali-kali.
Buat pengetahuan semua aku akan bertukar keje tak lama lagi, hope bile berpindah kat tempat lain aku akan dapat memajukan diri aku lagi. Dannnn... yang paling penting harap-harap kat sane takde la nak block internet sana sini, ade aku mati keras kang!

Open House yang sangat mengecewakan!

Ni cerita pasal open house opis aku yang sangat-sangat mengecewakan.. sebab ape? sebab makanan NAN HADO sedapnya! dah tau cuaca tak menentu, dibuatnya kat tempat open space lagi satu susah gile nak cari tempat open house tu! jalan nak ke situ pun jammed yang terhamat sangat! aku rase HR yang organize tu mmg untuk HR bersuka ria jer kot.. sebabnya aku tengok dorang je yang dok terlalak-lalak berkaraoke.. SAKIT HATI & TELINGA NI! dah la nak pergi ke tempat tuh bermacam-macam dugaan yang perlu ditempuhi..
Dugaan bermula dari opis lagi, meeting boss aku bermula dari pepagi buta sampai la ke petang. Aku plak ada email urgent yang perlu boss aku review so terpaksa la tunggu boss aku balik dari meeting. So tak terjoin la aku shuttle yang nak ke open house tu, makanya aku & BFF (opismate) tumpang boss aku. BFF aku ni plak dari pagi ngadap meeting sampai perut pun gastrik, mulanya dia tak nak pegi tapi maybe dia kesiankan aku yang dah semangat berpakaian baju raya, dia pun pegi gak. Kea…

WW #01

Imej

MATI

Imej
Abis kerja semalam aku tumpangkan opismate aku sampai komuter Serdang, lepas tuh ingatkan nak beli la nasi lemak ayam rempah kat Sg Besi, dengan semangatnya aku terus masuk highway besraya sekali Mak aih! Jammed gile.. adoi! sangat menyesal aku masuk highway dah la perut lapar gile! 
Ni sume gara-gara lori treller yang rosak kat lane kanan berhampiran ngan tol Sg Besi, huh! memang sakit hati lar.. dah la kete manual, letih la, kejap-kejap nak tekan clutch tukar gear. Aku dengar kat radio semalam rata-rata jalan KL banyak jalan yang jem gara-gara kenderaan rosak, excident & jalan kat dataran tutup! 
Apelaaa kaitan plak ngan tajuk MATI tuh kan? huhuhuh tengah-tengan dok melayan jem tuh perut lapa gile, nasib baik dlm beg ade kacang so makan kacang sambil layan jem. Pastuh gatai-gatai la nak tengok lesen memandu aku, ahahahaha! tengok-tengok lesen aku dah MATI sebulan yang lepas. MASYAALLAH! selama sebulan ni aku memandu tanpa lesen yang sah? macam mana la boleh tak perasan lesen aku …

Aksi-aksi MOMO yang semakin bijak!

Imej
MOMO dah banyak improve.. dah jinak skit, now dah jarang crabbing & biting tapi dengan orang yang tak kenal dia mule buat perangai crabbing dia tuh ehehehehe! tunjuk garang la tuh! ♥♥
Makin lama memang makin sayang! sebab dia dah mule nak main-main tak macam dulu selalu duk diam-diam dalam sangkar. Memang senang je nak jaga dia, cuci sangkar senang, makanan dia pun simple pendek kata memang menyenangkan & mengembirakan la. MOMO pun dah makin gemuk & berisi, mase adopt dia dulu kecik jerk now dah lebih besar dari tapak tangan. MOMO membesar dengan jayanya! jangan OBES sudah la, takut gak dia OBESITI macam tuan dia.
Semenjak dia makin membesar ni rase macam bonding pouch & cage dia mcm dah tak sesuai ngan dia! OMG! memang nak kene beli cage baru.. kesian kat dia nak melompat sane & sini sempit. Lagi satu aku berhajat sangat nak adopt teman untuk si MOMO ni, tapi tak tau bile. Tunggu duit berkepuk banyak skit baru beli teman untuk MOMO, setakat ni MOMO berteman kan beru…

Hari Raya Pertama

Imej
Cerita dah basi ok.. ehehehe! aku ni baru nak cerita pasal hari raya. Orang lain sume dah tutup buku dah cerita pasal Hari Raya Pertama. Raya tahun ni aku takde la buat persiapan sangat pun, duit raya tak tukar, baju raya beli last minit, lagi sedih kuih raya 2 jenis jerk (nasib baik mak tiri aku ade bagi kuih 1 balang). Takde semangat sangat sebab nyer before raya tu aku tak sehat sangat demam + sakit tekak + sakit kepala memang tak larat nak buat ape², balik keje terus bummm! tido. Aku rase sehat skit pun mase raya pertama.
Kitaorang balik kampung 1 hari sebelum raya tuh pun dah petang, tak dapat la nak tolong MIL & SIL aku masak juadah raya. Tak dapat gak rase nak bakar lemang, hubby aku kene keje! tension betol!. Tahun ni balik kampung belah hubby kat Jengka, memang meriah la sebab semua adik beradik hubby balik. Pagi raya tu lepas semayang subuh terus tolong MIL kat dapur panaskan juadah raya sambil tu gosok baju hubby untuk pergi sembahyang. Lepas prepare semua continue cucuk…

YA! Aku memang CEMBURU!

Imej
Aku memang CEMBURU ngan orang yang senang sangat nak pregnant! semalam aku dapat good news dari kawan aku yang bini dia dah pregnant. Aku tumpang gembira ngan dia sebab dia berjaya untuk ada zuriat sendiri. Aku sangat CEMBURU ngan dia & bini dia sebab senang nya dia nak dapat anak. Iye la baru Sebulan kawen dah ade rezeki, aku ni dok tunggu jerk dah nak masuk 4 tahun still takde rezeki lagi.
Semalam bila dapat tau terus aku Congrats kat dia.."Bro! tahniah bro! lu memang TEROR", hakikatnya aku tak sanggup nak luahkan kata-kata tu. Kenapa aku mesti berpura-pura ekh? aku pun tak tau. Lepas tuh EMO sendiri! yang jadi mangsa keEMOan aku adalah hubby aku. Aku anta message kat dia, "Abi, si %^& bini dia dah pregnant, time kita bile lagi?". Hubby aku pun balas "Nanti kita gi buat check up nak?", aku pun balas semula "mesti la nak! tapi bile? asyik cakap jerk!", "Sabar la sayang, mana ade cakap jerk.. insyaallah bile tiba timenye kita dapat j…

Kraftangan..

Imej
Adoi sekarang ni aku ngah mabuk! bukan mabuk sebab preggy yer! mabuk tengok cara-cara nak menyulam! hohohohoh! gile betol! tak pandai menjahit tapi sibuk nak tengok sulam menyulam.. Sejak akhir-akhir ni aku minat betul blog-blog yang ade tutorial menyulam. Baik sulam tangan or sulam manik (kalau mengait tu aku kureng skit).

Nampak macam senang tapi hakikatnya memang payah wooo nak menyulam ni, perlukan kreativiti, tekun & yang paling penting minat. Aku ni kalau suke sesuatu mesti aku nak dapatkan, tapi bile dah dapat haremmmm.... eheheheh! tu la keburukan aku! Jom layan skit gambar-gambar sulam menyulam ni.. 

Cantik-cantik kan dia punye sulam.. actually nak tepek gambar lagi, tapi tak boleh plak! tak tau la ape pasal.. Kalau la aku pandai menjahit kan BEST!

Sesi TTC bermula kembali

Imej
Mase puase segala sesi/aktiviti TTC di berhentikan buat seketika. Kenapa? aku pun tak tau sebabnya.. maybe sebab aku takleh makan vitamin (EPO & asid folic) pada waktu siang kot..

Setelah sebulan berpuasa kini tiba masanya untuk aku mulakan kembali aktiviti TTC aku iaitu makan vitamin, minum susu kambing & usaha-usaha lain. Insyallah bulan ni mau ke klinik O&G. Ade sesapa tak yang boleh suggest klinik O&G di Kajang/Bangi atau kawasan yang berdekatan?. Kalau boleh servis caj takmo yang memahal yer.

Kepada kawan-kawan TTC aku, MARI kita bersemangat kembali untuk meneruskan usaha kita untuk mendapatkan zuriat! Go..Go.. Chaiyok!