Isnin, 6 Januari 2014

Rawatan Kesuburan: Stock ubat untuk bulan ke-2 & ke -3


Ingat tak aku cerita aku kena ambil ubat selama 3 bulan berturut-turut untuk turun kan hormon prolaktin aku? so hari ni aku kene ambil stock ubat untuk bulan yang ke 2 & ke 3. Alhamdulillah senang bagi 2 bulan sekali gus!

Kejap je proses ambil ubat ni.. tapi aku terpaksa ambil 1/2 day! rugi-rugi-rugi.. sebab pe? sebab sampai opis je dah pukul 10. Terpaksa drive ke opis sebab parking kat komuter FULL house! gila bapak!! tak pernah penuh macam ni sekali. Sejak-sejak petrol NAIK, Barang NAIK, segala mende pun NAIKKK! ramai orang yang bertukar life style pergi kerja naik komuter. Tapiiiiiii.... walaupun ramai yang naik kenderaan awam jalan still jammed jugakkk! pelik heh aku. *ok-ok kuar topik plak

Aku harap aku akan terus itiqamah untuk makan ubat dari hospital ni.... sebab apa aku cakap macam tu?? sebab aku ni selalu sangat lupa makan ubat! hikhikhik! hope daya ingatan aku ni cukup kuat la untuk ingat makan ubat ni sehari sekali pada waktu malam...

10 ulasan:

  1. Assalamualaikum kak zue. semoga dipermudahkan urusan kamu. sheila pun selalu lupa makan ubat. tapi skrg setiap hari sheila tick dekat kalendar kalau sheila makan. kalau tak tick tu maknanya tak makan ubat atau terlupa. hehehhee

    BalasPadam
    Balasan
    1. huhuhuh! kemalasan melanda... buat mcm tu pun still lupo!

      Padam
  2. zue, pasang alarm kat tepon to remind u makan ubat... i selalu buat cam tu sbb i pon slalu lua... hihihihih...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu la.. nnt nak buat alarm la.. tapi perangai bertangguh tu satu hal gak. alarm dh bunyi tp tangguh mkn ubat pastu lupo! kronik!

      Padam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Salam perkenalan kak zue. dian pun sedang ber ttc. setelah 2 tahun lebih baru suami setuju nak rujuk doktor. insya Allah 26hb ni nak ke klinik untuk dapatkan surat refer ke hospital sultanah bahiyah alor setar. hope segala yg kita usaha Allah berkati :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam perkenalan diana, harap usaha diana & suami berhasil.. good luck ye darling

      Padam
  5. Salam perkenalan. Samalah kita.. Hana pun tgh on treatment lat hospital gov di HSA, jb. Surat refer o&g september 2013 dapat appoinment Januari 2014. So msa pegi haritu doc terus buat pap smear, scan dan ambil darah. Conform pcos. Tp doc hanya bg duphastone shj suh makan CD1-CD5. kena buat appointmnt untuk HSG selepas period. Next appointment bln Mei. Nasib x banyak ubat. Duphastone tu doc suh mkn 4 cycle. Nanti update ye. saya follow awk. semoga urusan kita dipermudahkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam hana, alhamdulillah awaknya procedure jalan dengan lancar. saya doakan awak semoga cepat dapat zuriat. aminnn

      Padam