Rabu, 17 September 2014

Rawatan Kesuburan: Kali Ke-Sepuluh di Hospital Kajang

Kronologi Treatment

  * tolong abai kan warna link yang berlainan.. malas nak adjust!

Sebelum cerita pasal appointment aku last monday hari tu, aku saja nak catat hari jumaat 5.09.2014 Hospital Kajang call bagitau appointment aku untuk buat Laps dipercepatkan pada 25.09.2014 aku cakap ok you booking je date tu then nanti saya bincang ngan Dr. Ridzuan sebab saya ada appointment ngan dia pada 15.09.2014. Nurse cakap tarikh sebenar tu Gynea takde tu yang kena cepatkan.

Hari isnin yang lepas aku pergi jumpa Dr ridzuan as per appointment yang dijanjikan, sebelum jumpa Dr. aku pergi ambil result sperm test yang hubby buat kat BP lab Kajang hari tu. Lepas pergi ambil result aku terus ke Hospital, macam biasa tunggu giliran then terus jumpa Dr Ridzuan. Hasil keputusan sperm analisis tu agak megecewakan, sperm hubby tiada yang berbenih. Result lebih kurang macam result di Hospital hari tu.

Dr.cakap aku memang tak boleh buat IUI, pilihan yang aku ada hanya IVF. Hubby aku nanti akan menjalani prosedure TESA PESA iaitu proses untuk mengeluarkan benih yang berkualiti kemudian akan dicantumkan dengan telur aku. Bila tengok prosedur TESA PESA di Youtube tu cam tak sanggup pula nak tunjuk kat hubby aku takut dia akan berubah fikiran pula. 

Dr. nak buat sekali lagi blood test untuk suami aku nanti masa aku buat laps. Dia nk cari punca masalah dari hubby pula. Dr. Ridzuan memang akan cadangkan kami ke Hospital Alor Star sebab % kejayaan yang tinggi, katanya dia akan pantau kami dari sini & procedure lain akan dilakukan di sana nanti. Dia bagi semangat untuk aku teruskan treatment ni, hati ni sebenarnya tak kuat untuk semua ni.. tapi aku gagahkan jua demi memberi zuriat untuk hubby aku.

Aku minta Dr. tukarkan tarikh laps aku pada awal bulan Nov, bukan apa... aku macam tak bersedia untuk bulan 9 ni, sebab aku pun baru lepas MC 2 hari dek kerana demam teruk tak kan aku nak MC lagi untuk buat laps dalam masa terdekat ni, kang apa pula kata staff yang lain. Dr pun cakap OK je dia bagi tarikh laps pada 6.11.2014 ni tapi aku kena check in sehari awal dari tarikh tu.

Habis je bincang ngan Dr. terus la balik, tinggal tunggu masa untuk buat laps je nanti... dup dap dup dap!

** dalam kes aku ni, aku tidak menyalahkan sesiapa, dan bukan la untuk mencari siapa yang salah dalam masalah kami. Aku hanya mahu menyelesaikan masalah yang selama ni tidak terungkai, Alhamdulillah Allah tunjuk jalan buat kami. Insha Allah aku Redho untuk semua ni, aku harap orang-orang sekeliling aku pun paham dengan keadaan kami.

INFO

Total rawatan kali ni: RM5.00
Sperm Analysis @ BP Lab : RM50.00



13 ulasan:

  1. Zue..."Hasil keputusan sperm analisis tu agak megecewakan, sperm hubby tiada yang berbenih. "...means azoospermia ke? Sorry Yani bertanya. Yani doakan Zue dan suami kuatkan semangat untuk teruskan treatment IVF di Alor Setar nanti, inshaAllah Allah permudahkan semuanya. Amin Zue!

    BalasPadam
    Balasan
    1. yerp yani.. :(, thats mean kami berdua memang bermasalah. huarghhhhhhh! sedih..

      Padam
    2. Jangan macam tu Zue, kalau doktor kata nak buat prosedur TESA PESA tu, means that masih ada jalan untuk bantu usaha Zue dan suami. In the meantime, Zue kena bagi semangat pada hubby Zue. Zue adalah kekuatan untuk diri dia.

      Kalau Zue mood down, dia pun akan mood down sama. Masa ni, kita terpaksa nak tak nak lebih 'kuat' dari dia walaupun kita tahu kita tak sekuat mana....inshaAllah!

      Padam
    3. kadang macam tak kuat yani nak hadapi semua ni.. sedih memikirkan masalah ni.. tapi hubby kita tgk tenang je.

      Padam
    4. Tipulah kalau Yani kata Yani kuat sepanjang masa sepanjang hampir 4 tahun perkahwinan ni. Semua org ada masa/tempoh jatuhnya. Tapi being human, kita akan selalu kembali padaNya, inshaAllah semua yg sukar terungkai jadi lebih mudah lepas mengadu padaNya....

      Padam
    5. tu la yani.. kadang kita rasa kita kuat.. tapi kadang terasa tak kuat. Nak-nak bila orang perli-perli kita hadoiiii! hati tisu sungguh

      Padam
  2. Semoga zue tabah menghadapi dugaan. sabar yer zue..kita kena kuat...
    Insyaallah dengan usha kita...

    BalasPadam
    Balasan
    1. insha allah anim, tolong doakan yang terbaik buat kami

      Padam
  3. Maksudnya ialah : “Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya." maksud ayat seribu dinar...

    InshaAllah, ada jalan keluar utk setiap permasalahan... Smg Allah permudah utk zue dan suami, dan berikan kekuatan utk menghadapi ujian ini....amin....

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq sweeth tooth, kadang terasa macam dah tak tertanggung apa yang bermain di fikiran ni. Kita Insha allah boleh terima apa yang terjadi pada diri kita, tapi orang lain?? tak kan pernah paham apa yang kita rasa. Nak-nak bila orang tu adalah family kita sendiri :(

      Padam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  5. Zue..
    Be strong dear..moga dipermudahkan urusan.
    Saya pun dua2 org ada masalah. Saya pernah baca 1 blog (tak ingat nama blog) doc dapat ambik 1 sperm shj. Dgn 1 sperm dan 1 ovum, diaorg buat ivf. Akhirnya ivf tu berjaya. Yang memberi rezeki adalah Allah. Hanya dia shj yang tahu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanks cik tipah.. saya pun ada baca pasal tu, apa apa pun kehendaknya la kan.. tak kira apa masalah kita kalau ALLAH nak makbulkan dia akan tetap makbul kan. tapi seriusly 2-3 hari ni hati rasa sedih & sayu sangat.. asyik teringat nasib diri je :(

      Padam